Assalamualaikum........................... all readers
alhamdulillah
pg ni aku dh dpt kurier dr GDex...
air zam zam..
aku x pnh terfikir pun nk bli sebotol besau zamzam ni..
puncanya
opismate aku ni tgh preggy
so, dia tnye la kwn opismate sape2 yg nk order
sbb kwn dia ade kat sana masa musim haji aritu...
harga sebotol RM130 10L.
harga sebotol RM130 10L.
so, bile aku fikir ms tu aku nk kawen..
insyallah jika ade rezki plak, nk pregnant..
maka ianya baik utk kesihatan & boleh diminum utk keperluan harian.
sebab kehebatan & keajaiban air zamzam itu sendiri..
sblm ni aku agak kurang tau ape sebnrnye kehebatan air zamzam..
kat cni aku share skit info ttg air zamzam ni..
--------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah di antara FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
- Antara mata air syurga.
- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
- Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
- Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
- Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Minuman orang mulia (al-abrar).
- Menambah kekuatan badan.
MUKADDIMMAH
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
Disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Majah , Jabir bin `Abdullah, katanya:Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.
Dalam erti
kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka
Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk
menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya,
meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan
penyakitnya.
Diriwayatkan
Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh
barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah
bersabda:
Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ulama’ hadis
meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata:
“Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan
disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi
Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu
juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja
yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
Ulama
sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah,
minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum
dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas
mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun
bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:
Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
selanjutnya...
KLIK LINK BWH....
4 comments:
Macamana nak order air ni?
byk kelebihan air zam zam yg kta x tau kan.. nice sharing..;)
zarith :..sbnrnye x tau nk order mcm mn..sbb ni melalui kwn..tp kat kotak dia tu td perasan ade name card dr company yg uruskan psl air zamzam ni.. nnt cik bin bg alamat dia..
atau, cri je kat mn2 kedai2 yg jual mkanan arab ke, mcm kismis, dorang kate sama je botol dia dgn yg cik bin bli.. tp kedai tu ade kat alamanda.. hihi..
miss zahirah :..sbnrnye bru tau byk kelebihan air zamzam..sblm ni hnya tau air tu elok utk minum jek..hihi
sebenarnya, air zamzam ni xboleh dijual.. tp xtahulah kenapa sekarang air nie diperdagangkan..
air zamzam byk sgt kelebihannya. untung sgt org yg kt sana dpt minum hari2..
Post a Comment