.................selamat datang my dear all.................

......Assalamualaikum......

Terima kasih kepada korang yg dtg jenguk2 blog ni.
..

Aku hanya menulis ttg 'Personal Life-hepy + sad' ttg 'photography' dan ttg 'i am B2B', as a M2B n now i am mama.. hehehe.. like! like! like!

Tinggalkan link anda utk aku jejak kembali .

































.:TQ 4 yr supporting & i follow u next:.

.:be my stalker:.

.:klik iklan ni:.

July 15, 2011

Bile sakitnye,aku mengaduh!

Aku mencari waktu untuk kemaafan ini

Yang aku rasa, mampukah aku beri untuk engkau yang pernah mengguris luka hati aku

Jika sekarang kau menangis,aku kini tersenyum indah...

Kerana, puas sudah aku menangis atas segala luka yang aku simpan dalam hati ...

Jangan anggap apa yang terjadi antara kau dan aku sebagai satu pertaruhan untuk siapa kalah atau siapa menang

Kerana itu bukan soalnya...

Aku tidak pernah kira,andai engkau kini menganggap aku manusia apa sekalipun

Fikirlah apa jua keburukan tentang aku

dan kumpulkanlah segunung dan selautan perasaan tidak baik terhadap aku dilubuk hati engkau

Kerana sedikitpun aku tidak pernah kisah...

Sampai bila pun aku tidak pasti,apakah ini satu kebenaran dari hati aku sendiri atau sebuah kepalsuan yang sedang aku cipta

Jangan kau teruja untuk bertanya apa-apa lagi pada aku yang pernah kau kianati

Persediaan dari aku belum ada buat engkau

Perlu kau ingat,apa yang terjadi antara kita ini bukan satu pembalasan yang kau putuskan sebagai 'Hukum Karma'..

Terimalah hakikat bahawa itu semua dari diri engkau sendiri

Dan bagi aku, inilah keputusan terindah setelah sekian lama aku meletakkan keikhlasan dan kejujuran sendiri jauh dari diri aku

Jangan pinta banyak penjelasan dari aku

Kerana aku terlalu pasti,bicara ini sudah mampu membuat kau sakit.Sakit yang paling dalam...

Terimalah seadanya takdir ini,sebab segala bahagia yang kau ada dulu atas rasa sakitnya manusia lain disekeliling engkau

Dipenghujung bicara aku ini...

Aku pinta, biar saja aku berlalu pergi dari fasa kehidupanmu

dan engkau hanya perlu tersenyum...

0 comments:

.:Klik la iklan ni ha:.